SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perkenalan diucapkan kepada semua yang mengunjungi blog Persatuan Melayu Ampang.

Untuk makluman semua Persatuan Melayu Ampang telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan telah didaftarkan dengan rasminya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada Mei 2009. Sepanjang penubuhan Persatuan Melayu Ampang, telah banyak program-program bersama masyarakat di seluruh Ampang telah dijalankan dan diharap Persatuan ini dapat dijadikan platform untuk merapatkan lagi silaturrahim antara masyarakat yang tinggal di sekitar Ampang melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Kami juga menjemput seluruh masyarakat di Ampang yang berminat untuk menjalankan aktiviti bersama kami ataupun ingin menjadi sukarelawan dan bergerak aktif bersama kami dengan berhubung dengan kami melalui email (persatuanmelayuampg@gmail.com) ataupun melalui facebook kami.

Diharap pada satu masa, Persatuan Melayu Ampang akan menjadi salah satu Persatuan yang bergerak aktif di sekitar Ampang dengan sokongan anda semua.

Sekian. Wasallam.

Ikhlas dari Haslinda Zerain

0 comments:

Post a Comment